miSs piNky

Assalamualaikum.. ahlan wasahlan ya sahabat.. jazakumullah khairan kathira kerana sudi berkunjung di blog ana.. blog nie ana buat hanya untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang ana dengan penulisan.. jadi, kepada pengutuk, haters dan yang sekutu dengan nya.. ana harap antum semua tidak meninggalkan komen yang negatif k.. mungkin ada kekurangan pada penulisan ana.. tapi, setiap manusia ada perasaan.. jadi, tekan jew button tutup kat atas tuw.. antum gembira.. ana pun gembira^^.. btw, kepada antum yang suka post-2 ana, boleh lah follow and leave your comment k .. syukran =D

Friday, 11 October 2013

CERPEN - Restu Cinta



BAB 1

Kringgggggg!

Jam loceng Humaira mula berbunyi nyaring. Suasana biliknya tidak lagi sunyi seperti awalnya. Namun, kedua-dua kelopak matanya masih lagi tertutup rapat. Alunan azan oleh bilal masjid memecah kesunyian alam. Perlahan-perlahan mimpinya semakin kabur Humaira terjaga dari tidurnya. Mimpi yang masih tersisa beransur hilang sedikit demi sedikit.

Perlahan-perlahan Humaira bangkit dari tidur. Penglihatannya masih kabur. Bangun awal pagi merupakan satu jihad bagi setiap hambaNya. Dia membetulkan sendi-sendi yang lenguh akibat berjam-jam badannya dilabuhkan atas katil. Selangkah demi selangkah dia menuju ke tingkap. Suasana masih gelap. Namun sinaran cahaya lampu menampakkan keindahan ciptaan yang Esa.

Humaira berbisik sendirian di dalam hati “Allahu Rabbi, indah sungguh ciptaanMu.”

Pandangannya tepat pada burung-burung yang sedang menyanyi di beranda biliknya. Embun pagi menyingkap ke tubuhnya, membuat dia menguap berulang kali.
Humaira bermonolog sendirian , “ Ya Allah, kenapa Ira mengantuk sangat ni.Kuatkan Ira ya Allah.”
 Humaira melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Itulah rutin wajib bagi nya setiap pagi. Baru sahaja percikan air terkena kakinya, dia menggigil kesejukkan.

Tukkkk! Tukkkk! Tukkkk!
Pintu bilik Humaira diketuk berulang kali. Kedengaran suara ibunya memanggil untuk solat subuh berjemaah.
Dia segera mengenakan telekung berwarna merah jambu. Kakinya pantas menuju ke ruangan solat. Sementara menunggu adik-adiknya sampai, dia membetulkan telekung yang agak senget di bahagian mukanya.

Selesai menunaikan solat subuh, Humaira mencapai AlQuran kesayangannya. AlQuran tersebut merupakan hadiah dari ibunya dan juga merupakan temannya saat dia suka dan duka. Helaian demi helaian AlQuran dibacanya dengan khusyuk.

Jam dinding biliknya menunjukkan tepat jam 6.30pagi. Dia segera bangkit dari duduknya. Tangannya pantas melipat sejadah dan telekung yang dipakainya. Dia mengenakan baju sekolah berwarna putih. Tudung dan kainnya berwarna coklat yang menampilkan jawatannya sebagai seorang pengawas.


BAB 2
Ponnn!
Hon sebuah kereta sengaja dibunyikan. Seorang lelaki yang berumur separuh abad melemparkan senyuman kearah Humaira dan melambaikan tangan. Semakin lama semakin jauh kelibat kereta yang menghantarnya itu. Humaira terus mengatur langkah menuju ke kelas.

“Alhamdulillah, Allah masih izinkan Ira ke sekolah.” hati Humaira berbisik. 

Punggungnya dilabuhkan ke kerusi tempat duduknya. Tangannya diraba-raba ke dalam laci meja. Satu kertas yang agak jauh ditampal di lelangit meja telah dicapainya. Humaira cuba mengambilnya.

Srikkkkk….

Kertas tersebut ditanggalkan. Perlahan-perlahan tangan Humaira beraksi membuka lipatan-lipatan kertas tersebut. Hatinya memulakan bicara.

" Assalamualaikum ya ukhti Humaira, maaf jika surat ini mengganggu anti. Ana cuma ingin meluahkan apa yang tersimpan dihati ana. Sudah sekian lama ana memerhatikan anti. Tiada niat yang lain selain niat suci ana  untuk menjadikan anti sebagai calon isteri ana kerana Allah. Insya-Allah. Ana tidak mendesak anti.jika anti ingin belajar hingga kemenara gading, ana akan menunggu anti hingga tamat pengajian ijazah. Setelah itu, ana akan membawa keluarga ana datang merisik anti. Insya-Allah. Jika anti  sudi terima lamaran ana. simpan lah surat ini baik2 dan jika anti tidak sudi terima lamaran ana ini, letaklah surat ini kembali di tempat asalnya, akan ana ambil kembali surat ini supaya tidak menimbulkan fitnah. wassalam (no name) "

Humaira terdiam. Lidahnya terkelu tidak terkata. Inilah pertama kali dia mendapat surat sebegitu. 

Hatinya berbisik tidak henti, “Siapakah dia?” 

 Mata Humaira mengliar memerhati sekeliling kelas. Surat yang tidak bernama pengirim masih dalam gengamannya. Selama ini, tidak ada seorang lelaki pun yang berani mendekati dirinya. Sifatnya yang garang membuat mereka takut untuk lebih mengenalinya. Istigfar segera menari dibibir Humaira. Diletak kembali surat tersebut ditempat asalnya.

Waktu Rehat…
Humaira tidak bersama-sama kawannya ke kantin. Seperti biasa dia lazimi untuk berpuasa sunat pada hari itu. Satu persatu bukunya dibelek-belek untuk dibuat ulangkaji. Tiba-2 pertanyaan mengenai surat di dalam laci meja itu berjaya mencuri perhatiannya. Humaira menetapkan pandangannya ke luar tingkap. Berkali-kali pertanyaan yang sama bermain dalam kotak fikirannya.

Humaira merungut dalam hati, “ Isy. Siapa yang berani hantar surat kat Ira nie? ”

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Humaira tersentap. Lamunannya terhenti seketika. Istigfar kembali menari2 dibibir nya. 

Seseorang yang amat dia kenali berada dibelakangnya, Aisya. Seorang yang riang dan selalu menceriakan hari-harinya. Aisya mula mengusiknya dengan usikan manja.

“ Amboi, termenung jauh nampak, teringat dekat buah hati ke? “ usik Aisya sambil menjeling manja kearah Humaira.
“Ehh! Mana ada. Ira tengah fikir jawapan untuk soalan ni. Pening ira nak jawabnya.” pantas Humaira menjawabnya bagi mengelak dari terus diusik Aisya.

Humaira menyimpan dahulu pertanyaan itu. Namun, jauh dilubuk hatinya masih tertanya-tanya siapakah orang itu. Terlintas juga difikiran Humaira, mengharap pengirim  surat itu adalah seseorang yang dia minati dalam diam, Assraf. Salah seorang pelajar cemerlang disekolahnya, bahkan banyak memikul tanggungjawab sebagai pengerusi. Dia yakin perasaan ini bukan kerana nafsu. Tapi, kerana peribadi, akhlak, dan agama yang ada pada diri Assraf. 

Kelihatan kedua-dua hujung bibir Humaira ternaik sedikit menampakkan giginya yang putih.

BAB 3

Hari berganti hari, tahun berganti tahun.

Kini Humaira sudahpun melangkah ke universiti. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan impiannya selama ini. Sudah tiga tahun Humaira menelaah pelajaran disitu.

Segulung diploma sudahpun digenggamnya. Hanya ijazah masih belum dimilikinya. Bagi mengejar segulung ijazah, dia telah menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di universiti yang sama. 

Humaira seorang yang cantik, dedikasi dan mempunyai akhlak yang baik. Tidak mustahil ramai pemuda di universiti itu minat dan berkenan dengannya. Ada juga yang ingin melamarnya untuk dijadikan isteri.
Pemuda tersebut bukanlah calang-calang orangnya. Ada yang datang dari keluarga baik-baik dan tinggi ilmu agamanya. Tapi semuanya ditolak dengan baik.

Kata-kata yang sentiasa menari dibibir Humaira “Maafkan Ira, Ira dah dilamar.” 

Itu lah yang sentiasa diucapkan Humaira apabila ada yang ingin melamarnya. Sifatnya yang yakin pada Allah, menyebabkan dia setia pada surat lamaran pertamanya yang diterima semasa sekolah dahulu.

Humaira tidak pernah terlepas untuk menunaikan solat istikharah pada setiap malam. Ia sudah menjadi rutinnya sebelum tidur. Setiap kali dia menunaikan solat istikharah, dia akan membawa surat tersebut bersama–samanya. Doa tidak pernah putus dimintanya. Harapannya semoga insan tersebut benar-benar jujur terhadap dirinya dan seseorang yang taat pada Allah SWT.

Perbuatannya itu disokong seratus peratus oleh sahabat baiknya,Aisya. Setelah mengetahui situasi Humaira masa itu, Aisya sentiasa menyokong setiap perbuatan dan keputusan Humaira selagi ia berlandaskan syariah.


Tiga tahun kemudian..

Dalam kesepian malam, Humaira khusyuk di atas tikar sejadahnya. Bibirnya tidak henti dibasahi dengan pujian-pujian kepada pencipta.

Krikkkkkkk.....

Tiba-tiba pintu bilik Humaira dibuka dengan perlahan-lahan. Tiada siapa yang dlihat cuba untuk memasuki biliknya. Satu perasaan ganjil mula merasuk jiwanya. Humaira melihat jam dinding biliknya, tepat pukul 1 pagi. Jantung Humaira berdengup kencang. Tangannya menggigil tapi dikawal. Peluh sejuk mula membasahi wajahnya. Lalu dicantas cepat-cepat perasaan itu dengan zikrullah. Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang samar-samar seperti memanggil namanya.

" Iraa….”

Kali ini jantungnya bagaikan dilanda ribut taufan. Mukanya pucat. Seluruh badannya menggigil ketakutan. Semua ayat AlQuran yang dihafal tak henti-henti membasahi bibirnya.
Krikkkkkk.....
Sekali lagi kendengaran pintu bilik Humaira dibuka. Kali ini kelihatan lebih luas. Satu bayangan hitam cuba untuk memasuki biliknya itu. Humaira cuba menjerit sekuat hati sambil kedua-dua matanya dipenjamkan.

Kringggggg…

Satu bunyi yang tidak asing lagi. Humaira membuka matanya perlahan-lahan. Kabur. Dilihat jam locengnya sedang asyik menyanyi. Diperhatikan betul-betul jam ditepinya itu, pukul 5.45. Istigfar segera membasahi bibirnya.

“ Astagfirullah al adzim, Ira mimpi rupanya. Hehehe. “ satu gelakkan kecil kedengaran.

Seawal jam 8, Humaira telah berangkat ke universiti bertemankan kedua-dua ibubapanya. Hari yang telah lama ditunggu-tunggu. Setelah tiga tahun dia menelaah pelajaran, inilah saat yang dinantikanya. Hari Konvokesyen. Debaran kian terasa. Satu persatu nama dipanggil naik ke pentas. Tibalah giliran Humaira.

“Nur Sakura Humaira binti Shahidin”

Kedengaran nama penuh Humaira dipanggil menggemakan setiap sudut dewan. Hatinya berbunga-bunga. Selangkah demi selangkah dia mengatur langkah menuju ke pentas. Senyuman ibubapanya mengundang sinar dihati Humaira. Kini, segulung ijazah telah menjadi miliknya. Pujian-pujian kepada yang Esa tidak henti menari dibibirnya.

BAB 4
Tuttttt….Tutttttt…. Tuttttt….

 Telefon bimbit Humaira berbunyi. Satu panggilan tidak dijawab terpapar diskrin telefon bimbitnya.

Tuttttt….Tutttttt…. Tuttttt….

Selang beberapa minit telefon Humaira kembali menyanyi, lantas dijawabnya dengan memberi salam. Salamnya dijawab dengan suara yang agak sedikit garau, dan semestinya bukan dari kaum hawa. Pemuda tersebut memulakan bicara.

“Boleh ana bercakap dengan Ira?”

“ Ya, saya Ira. Siapa ni? “ pantas Humaira menjawabnya.

“ Ana pernah meletakkan surat dibawah meja anti, ana harap anti masih menyimpannya. Ana dapat tahu anti sudah menamatkan pengajian anti. Seperti dalam surat yang ana tulis itu, ana telah berjanji akan melamar anti apabila anti telah habis belajar. Jadi, ana ingin tunaikan janji ana kepada anti. Apa keputusan anti? Ana sudah maklumkan pada keluarga anti, mereka setuju jika ana datang merisik anti. “

Humaira tergamam. Mukanya yang putih menjadi kemerah-merahan, dijawab soalan pemuda itu dengan nada serba salah.

“ Jika keluarga saya dah setuju, insya-Allah saya juga begitu.” 

“ Alhamdulillah, Insya-Allah dua hari mendatang, ana akan datang merisik anti. Syukran ya ukhti.Assalamualaikum.” panggilan di tamatkan.

Belum sempat Humaira menjawab salamnya, pemuda tersebut telah pun menamatkan panggilan.
Humaira mengelamun seketika. Dia keliru berbaur gembira kerana surat yang diterimanya dahulu tidak hanya sekadar kata-kata indah. Lantas diatur langkahnya mencari kedua orang tuanya. Seperti sedia maklum, mereka telah mengetahui terlebih dahulu dari dirinya.


Dua hari kemudian…

Pinnn… Pinnnn…

Kedengaran sebuah kereta memasuki halaman rumah Humaira. Seperti yang dijanjikan, satu rombongan telah datang untuk merisiknya. Ibu Humaira memintanya untuk menyediakan minuman kepada tetamu. Humaira hanya duduk didapur. Sekali-sekala diselak langsir dibahagian pintu dapur rumahnya. Matanya tertumpu pada seorang pemuda yang berkopiah bersama orang tuanya.

Tiba-tiba wajahnya berubah menjadi merah. Jantungnya berdengup kencang. Peluh sejuk mula membasahi lehernya.

Humaira bermonolog dengan suara yang ditahan. “Allahu Rabbi. Benarkah ini semua?”

Pemuda yang sedang berbual dengan orang tuanya itu merupakan seseorang yang diminatinya dari dulu. Ya! Tidak asing lagi. Itu Assraf. Ketua pelajar sekolahnya dahulu.

Tanpa disedari, matanya mula mengalirkan air jernih. Pipinya yang gebu dibasahi dengan air matanya. Humaira mula memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi. Pujian-pujian kepada Allah SWT tidak henti membasahi bibirnya. 

“Ira, mari sini sayang.”

Tiba-tiba kedengaran satu suara wanita memanggilnya untuk menyertai mereka di ruang tamu. Suara seseorang yang amat dia kenali. Seseorang yang melahirkannya. Menjaganya hingga dewasa.
Humaira segera menghapuskan lebihan air jernih dimatanya. Sedikit basah di bahagian lengan baju kurungnya. Dengan lafaz Bismillah, Humaira melangkah kaki keluar menuju ke ruang tamu.
Semua mata tertumpu padanya. 

Tetamu berbisik sesama sendiri. “Subhanallah, cantik sungguh ciptaanMu.”

Humaira hanya tunduk memandang lantai. Ibu kepada pemuda tersebut memulakan bicaranya.
 “Ira, kami datang ada hajat untuk merisik Ira. Ibu bapa Ira dah setuju, Cuma tinggal keputusan dari Ira saja. Macam mana?” 

Senyuman manis dilemparkan kepadanya. Jari tangan kanan dan kiri Humaira asyik bergurau senda sesama sendiri. Jantungnya bagaikan nak luruh. Humaira mengelamun seketika. Namun, inilah saat-saat yang dinantikannya. Humaira memulakan bicaranya dengan lafaz yang mulia Bissmillahirahmanirrahim lalu membalas.

“Jika ibubapa Ira sudah setuju. Insya-Allah, itulah keputusan yang terbaik buat Ira.”

Alhamdulillah. 

Suara pujian kepada Allah SWT menggemakan sekitar ruang tamu rumahnya. Tarikh pertunangan dan perkahwinan mereka telah ditetapkan pada hari itu juga. Sesuatu yang baik harus dipercepatkan.


Setahun Kemudian… 

“Sayang… mari teman abang tengok tv.”

Suara manja Assraf memanggil Humaira. Kini Humaira sudahpun sah menjadi isteri Assraf. Cinta mereka berbunga mekar selepas hari pernikahan mereka. Tiada cinta yang lebih indah dari cinta yang direstui kedua ibubapa dan cinta yang direhai Allah SWT.Betapa indahnya cinta jika didalam redha–Nya. Tiada dugaan yang tidak dapat ditempuhi bersama jika cinta kerana Allah SWT. Subhanallah. Allahu Rabbi.

P/S : Tidak perlu bercouple untuk memiliki orang yang kita minati.. hanya berdoa supaya ditemukan dengan orang yang dapat bimbing kita.. insya-Allah khair..  betapa kuatnya mereka menjaga hati mereka bertahun-tahun lamanya.. akhirnya RESTU CINTA yang dicari, telah diperolehi. Subhanallah.. =)