miSs piNky
Assalamualaikum.. ahlan wasahlan ya sahabat.. jazakumullah khairan kathira kerana sudi berkunjung di blog ana.. blog nie ana buat hanya untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang ana dengan penulisan.. jadi, kepada pengutuk, haters dan yang sekutu dengan nya.. ana harap antum semua tidak meninggalkan komen yang negatif k.. mungkin ada kekurangan pada penulisan ana.. tapi, setiap manusia ada perasaan.. jadi, tekan jew button tutup kat atas tuw.. antum gembira.. ana pun gembira^^.. btw, kepada antum yang suka post-2 ana, boleh lah follow and leave your comment k .. syukran =D
Friday, 23 November 2012
Hukum Mewarnakan Rambut
>>Mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
>>Mewarnakan rambut dengan warna hitam selain sebab-sebab yang dinyatakan diatas.
Hukum Inai Lukis
**Zaman sekarang, ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan cara mengukir ala tatu ditangan.
**Jom sama2 hayati hadis Nabi di bawah ini.
Dari Ibnu Umar ra katanya:
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."
(Hadis bil.2003: Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya ( tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
**Kata Dato' Abu Hasan Din al-Hafiz-
bekas pegawai Agama Islam di Istana Negara,KL.
"Inai berukir ala tatu tak boleh!! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul2 hujung jari."
Wallahu'alam bissawab.
Hukum Memakai "Braces"
Sabda Rasulullah s.a.w,
"Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikkan, menukar apa yang Allah telah ciptakan."
(Sahih Muslim)
Imam Al-Nawawi menjelaskan hadis diatas:
"Meluaskan jarak gigi >>> maknanya, sesuatu yang telah dilakukan terhadap gigi bagi menjadikan seseorang itu cantik, dan ini menunjukkan bahawa ianya adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bertujuan untuk kecantikkan, akan tetapi apabila untuk merawat masalah pada gigi, maka tidak ada salah melakukan, dan ALLAh lebih tahu sebaiknya"
"Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan oleh syara', bahkan ia juga diperlukan"
Wallahu'alam bissawab.
Hukum Memakai Gelang Tangan (Lelaki)
**Disebabkan kejahilan dan kedangkalan dalam mendalami ilmu agama, seseorang itu akan terikut-ikut dengan perbuatan dan penerampilan cara hidup orang kafir.
**Sebagai contoh, ialah pemakaian gelang bagi kaum adam (muslim). Di dalam Islam, kaum adam sama sekali dilarang untuk memakai gelang walaupun dengan tujuan untuk kesihatan. Hal ini telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w : Hadis Imran bin Hussein r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini? Lelaki itu berkata, "ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun bertujuan untuk perubatan), buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati da benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lama nya." (Hadis Sahih yang ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)
**Jenis-jenis gelang yang di haramkan untuk lelaki :
1. Gelang Kayu Koka
2. Gelang Kristal
3. Gelang Tasbih
4. Gelang Getah Plastik
5. Gelang Besi Magnet
6. Gelang Besi Tabung Haji ( apabila diMalaysia)
Wallahu'alam bissawab.
Hukum Memakai Bulu Mata Palsu
Hukum pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi bagi pengharaman memakai rambut palsu :
"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung" (Sahih al-Bukhari)
Segala perbuatan tabarruj iaitu berhias diri secara berlebihan adalah diharamkan dalam Islam.
Bagi pemakaian maskara, se elok-eloknya tidak merubah wajah sebenar dan menampakkan perbezaan yang ketara. Dan perlulah dipastikan maskara yang dipakai tidak mengandungi bahan syubhah dan tidak kalis air bagi mengelakkan air tidak sampai ke anggota wuduk semasa mengambil wuduk.
Gunalah maskara yang tidak menonjolkan ketebalan bulu mata sehingga menarik perhatian kaum adam. Sesungguhnya tabarruj atau berhias diri secara berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah..
Wallahu'alam bissawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)




