miSs piNky

Assalamualaikum.. ahlan wasahlan ya sahabat.. jazakumullah khairan kathira kerana sudi berkunjung di blog ana.. blog nie ana buat hanya untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang ana dengan penulisan.. jadi, kepada pengutuk, haters dan yang sekutu dengan nya.. ana harap antum semua tidak meninggalkan komen yang negatif k.. mungkin ada kekurangan pada penulisan ana.. tapi, setiap manusia ada perasaan.. jadi, tekan jew button tutup kat atas tuw.. antum gembira.. ana pun gembira^^.. btw, kepada antum yang suka post-2 ana, boleh lah follow and leave your comment k .. syukran =D

Saturday, 23 August 2014

Cerita RESULT di Facebook

On Facebook..

" ehh, asal ramai post pasal result nie? result yang betul dah keluar kew? "

Yedokk nie . Aku cuba lah chat orang2 yang rapat dengan aku. Tapi, chat aku tak dibalas. tape2, mungkin deorang busy kot.. biar dia biar dia biar dia.. opss! pn mary sudah.. haha..

ok! aku tak tahu nak buat apa dah.. aku termenung kejap. sambil melihat keindahan alam yang indah terbentang.. dengan kicauan burung yang memecah kesunyian alam..

wuuu~ jiwangg.. ok.. yang tuw aku tipu jew.. hehe.. ok sambung balik..

" Hah! group KI kan ada. Baik aku tanya deorang. asal tak terfikir dari tadi erk. "

Inilah masalah budak2 zaman sekarang.. hal kecil camni pun nampak cam besar.. padahal penyelesaian depan mata jew.. isyhh3.. ok sambung..

" Urmm.. nak tulis apa yew?? ayat skema or mai bantai jew?? Pape jelaa.. janji deorang faham"

hah! ni lagi satu masalah aku.. tak tahu nak tulis macam mana.. hampir sejam aku fikirkan ayat.. akhirnya!!!ok..
Aku mula taip..

 ketikkk.. ketikk.. ketikk..

ok. POST! siap! Fuhhh~ penat aku fikir ayat..


" Assalamualaikum, result yang betul dah keluar kan? "

ok.. ayat tuw jew aku mampu fikir selama sejam.. hahaha.. kesian aku..

Yang ni aku suka.. Tak sampai berapa minit aku post, dah ada orang komen. wah! laju.. bagus betoi student KI nie.. sengih lak aku sorang2.. perasan katekan.. hehehe.. ok sambung balik..

Haaa! tudiaa~ jawapan yang dia bagi buat aku betoi2 berdebar..

" dah kuar. "

yaAllah! result yang betul dah keluar.. hari yang aku tunggu-2 .. aku terus ke ekampus kipsas.. laju jew kan.. wifi laju katekan.. hehe..

Dengan semangat berkobar-2.. Aku terus login no ic ngan password.. ohh.. ohh.. ohh~ bab nak tekan ENTER tu laa paling aku takut.. ngee~ O.O

Nak tekan ke tak nak, nak tekan ke tak nak.. hmm.. cam xbetoi daa.. hahaha.. chopp! aku waras lagi k.. cuma berdebar teramat jew.. huhu :3

Ok.. ENTER!

aku kecikkan mataa.. kononnya xnak tengok result lettew.. tapi nak tengok jugak.. camne tuw? hehehe..

AllahuRabbi.. betoi kew result aku nie? aku cuba logout, then login balik.. logout login balik.. untuk kepastian.. AllahuAkbar..

Syukur.. alhamdulillah.. ni laa hasil usaha aku sem lepas.. aku senyum dalam tagisan.. :')



hah~ nie laa dye yang aku dapat dengan result aku... hehehe



ok.. sebagai conclusionnnya, study laa smart not hard.. k.. aku ingat lagi pesan kawan baik aku nie..
" study bukan utk exam jew, tapi untuk ilmu, barulaa kita faham.. ok? "

hah~ dapat tak apa yang nak disampaikan kat sini? 
  1. Kita mestilah study kerana Allah swt.
  2. Kita mestilah study utk menuntuk ilmu yang baru dan bukan sekadar utk exam..k
  3. and Jangan study hard sgt ble nak final exam.. pandai atur masa ok? gudluck dear ^_^

Wednesday, 13 November 2013

Penawar Hati Dikala Duka





Kedengaran suara keriangan,

Mencari erti kegembiraan,

Malam yang menyepi memberi seribu pertanyaan.


Ketika cengkerik cuba untuk menyanyi,

Membuat aku terasa sunyi.


Angin yang mendayu menusuk kalbuku,

Membuatkan malam lebih bersyahdu.


Malam jangan dibiarkan siang,

Biarkan alam ini gelap,

Sepi,

Sepertiku....


Kadang kala aku terfikir,

"kenapa ini terjadi?"


Usahaku yang memberi tidak pernah dihargai,

Seperti cahaya yang tiada penyeri.


Bencinya diriku ibarat sang pencaci.


Ya..

Mungkin aku terlebih yakin sehingga diriku menjadi mangsanya.

Setiap apa yang aku katakan sentiasa dipertikaikan.

Membuat aku terasa dipinggirkan.


Hadirnya diriku,

Membuat aku tertanya..

"adakah aku halimunannya?"


Mungkin...


Mungkin setiap langkahku mencipta seribu kebencian.


Hemm..hemm..hemmmm..

mungkin ramai orang yang lebih suka menyanyi dari menari,


Tetapi aku yakin!

Setiap perbuatanku adalah benar sebenar-benarnya.


Yakinku bukanlah yakin biasa.

Yakinku,

bukanlah serendah awan di langit,

bukanlah sedekatnya jiwa dihati,

dan bukan juga sekecil bumi yang dicipta.


Malah,


Yakinku,

lebih tinggi dari bintang diatas sana,

lebih jauh dari lautan desa,

dan lebih besar dari cakerawala dunia.


Ya..

Mungkin setiap gerakkku ku ibarat kereta kerosakan 

yang sentiasa mengundang sedetik kemalangan,

tetapi aku yakin, kemalangan yang sering berlaku

memberi aku kematangan dalam perjalanan kehidupan.


Peduli...


Peduli apa yang orang menyanyi,

Peduli apa yang orang menari,

Janjiku dapat kecapi matlamat diri..


*coretan hati sang kekasih*

Friday, 11 October 2013

CERPEN - Restu Cinta



BAB 1

Kringgggggg!

Jam loceng Humaira mula berbunyi nyaring. Suasana biliknya tidak lagi sunyi seperti awalnya. Namun, kedua-dua kelopak matanya masih lagi tertutup rapat. Alunan azan oleh bilal masjid memecah kesunyian alam. Perlahan-perlahan mimpinya semakin kabur Humaira terjaga dari tidurnya. Mimpi yang masih tersisa beransur hilang sedikit demi sedikit.

Perlahan-perlahan Humaira bangkit dari tidur. Penglihatannya masih kabur. Bangun awal pagi merupakan satu jihad bagi setiap hambaNya. Dia membetulkan sendi-sendi yang lenguh akibat berjam-jam badannya dilabuhkan atas katil. Selangkah demi selangkah dia menuju ke tingkap. Suasana masih gelap. Namun sinaran cahaya lampu menampakkan keindahan ciptaan yang Esa.

Humaira berbisik sendirian di dalam hati “Allahu Rabbi, indah sungguh ciptaanMu.”

Pandangannya tepat pada burung-burung yang sedang menyanyi di beranda biliknya. Embun pagi menyingkap ke tubuhnya, membuat dia menguap berulang kali.
Humaira bermonolog sendirian , “ Ya Allah, kenapa Ira mengantuk sangat ni.Kuatkan Ira ya Allah.”
 Humaira melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Itulah rutin wajib bagi nya setiap pagi. Baru sahaja percikan air terkena kakinya, dia menggigil kesejukkan.

Tukkkk! Tukkkk! Tukkkk!
Pintu bilik Humaira diketuk berulang kali. Kedengaran suara ibunya memanggil untuk solat subuh berjemaah.
Dia segera mengenakan telekung berwarna merah jambu. Kakinya pantas menuju ke ruangan solat. Sementara menunggu adik-adiknya sampai, dia membetulkan telekung yang agak senget di bahagian mukanya.

Selesai menunaikan solat subuh, Humaira mencapai AlQuran kesayangannya. AlQuran tersebut merupakan hadiah dari ibunya dan juga merupakan temannya saat dia suka dan duka. Helaian demi helaian AlQuran dibacanya dengan khusyuk.

Jam dinding biliknya menunjukkan tepat jam 6.30pagi. Dia segera bangkit dari duduknya. Tangannya pantas melipat sejadah dan telekung yang dipakainya. Dia mengenakan baju sekolah berwarna putih. Tudung dan kainnya berwarna coklat yang menampilkan jawatannya sebagai seorang pengawas.


BAB 2
Ponnn!
Hon sebuah kereta sengaja dibunyikan. Seorang lelaki yang berumur separuh abad melemparkan senyuman kearah Humaira dan melambaikan tangan. Semakin lama semakin jauh kelibat kereta yang menghantarnya itu. Humaira terus mengatur langkah menuju ke kelas.

“Alhamdulillah, Allah masih izinkan Ira ke sekolah.” hati Humaira berbisik. 

Punggungnya dilabuhkan ke kerusi tempat duduknya. Tangannya diraba-raba ke dalam laci meja. Satu kertas yang agak jauh ditampal di lelangit meja telah dicapainya. Humaira cuba mengambilnya.

Srikkkkk….

Kertas tersebut ditanggalkan. Perlahan-perlahan tangan Humaira beraksi membuka lipatan-lipatan kertas tersebut. Hatinya memulakan bicara.

" Assalamualaikum ya ukhti Humaira, maaf jika surat ini mengganggu anti. Ana cuma ingin meluahkan apa yang tersimpan dihati ana. Sudah sekian lama ana memerhatikan anti. Tiada niat yang lain selain niat suci ana  untuk menjadikan anti sebagai calon isteri ana kerana Allah. Insya-Allah. Ana tidak mendesak anti.jika anti ingin belajar hingga kemenara gading, ana akan menunggu anti hingga tamat pengajian ijazah. Setelah itu, ana akan membawa keluarga ana datang merisik anti. Insya-Allah. Jika anti  sudi terima lamaran ana. simpan lah surat ini baik2 dan jika anti tidak sudi terima lamaran ana ini, letaklah surat ini kembali di tempat asalnya, akan ana ambil kembali surat ini supaya tidak menimbulkan fitnah. wassalam (no name) "

Humaira terdiam. Lidahnya terkelu tidak terkata. Inilah pertama kali dia mendapat surat sebegitu. 

Hatinya berbisik tidak henti, “Siapakah dia?” 

 Mata Humaira mengliar memerhati sekeliling kelas. Surat yang tidak bernama pengirim masih dalam gengamannya. Selama ini, tidak ada seorang lelaki pun yang berani mendekati dirinya. Sifatnya yang garang membuat mereka takut untuk lebih mengenalinya. Istigfar segera menari dibibir Humaira. Diletak kembali surat tersebut ditempat asalnya.

Waktu Rehat…
Humaira tidak bersama-sama kawannya ke kantin. Seperti biasa dia lazimi untuk berpuasa sunat pada hari itu. Satu persatu bukunya dibelek-belek untuk dibuat ulangkaji. Tiba-2 pertanyaan mengenai surat di dalam laci meja itu berjaya mencuri perhatiannya. Humaira menetapkan pandangannya ke luar tingkap. Berkali-kali pertanyaan yang sama bermain dalam kotak fikirannya.

Humaira merungut dalam hati, “ Isy. Siapa yang berani hantar surat kat Ira nie? ”

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Humaira tersentap. Lamunannya terhenti seketika. Istigfar kembali menari2 dibibir nya. 

Seseorang yang amat dia kenali berada dibelakangnya, Aisya. Seorang yang riang dan selalu menceriakan hari-harinya. Aisya mula mengusiknya dengan usikan manja.

“ Amboi, termenung jauh nampak, teringat dekat buah hati ke? “ usik Aisya sambil menjeling manja kearah Humaira.
“Ehh! Mana ada. Ira tengah fikir jawapan untuk soalan ni. Pening ira nak jawabnya.” pantas Humaira menjawabnya bagi mengelak dari terus diusik Aisya.

Humaira menyimpan dahulu pertanyaan itu. Namun, jauh dilubuk hatinya masih tertanya-tanya siapakah orang itu. Terlintas juga difikiran Humaira, mengharap pengirim  surat itu adalah seseorang yang dia minati dalam diam, Assraf. Salah seorang pelajar cemerlang disekolahnya, bahkan banyak memikul tanggungjawab sebagai pengerusi. Dia yakin perasaan ini bukan kerana nafsu. Tapi, kerana peribadi, akhlak, dan agama yang ada pada diri Assraf. 

Kelihatan kedua-dua hujung bibir Humaira ternaik sedikit menampakkan giginya yang putih.

BAB 3

Hari berganti hari, tahun berganti tahun.

Kini Humaira sudahpun melangkah ke universiti. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan impiannya selama ini. Sudah tiga tahun Humaira menelaah pelajaran disitu.

Segulung diploma sudahpun digenggamnya. Hanya ijazah masih belum dimilikinya. Bagi mengejar segulung ijazah, dia telah menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di universiti yang sama. 

Humaira seorang yang cantik, dedikasi dan mempunyai akhlak yang baik. Tidak mustahil ramai pemuda di universiti itu minat dan berkenan dengannya. Ada juga yang ingin melamarnya untuk dijadikan isteri.
Pemuda tersebut bukanlah calang-calang orangnya. Ada yang datang dari keluarga baik-baik dan tinggi ilmu agamanya. Tapi semuanya ditolak dengan baik.

Kata-kata yang sentiasa menari dibibir Humaira “Maafkan Ira, Ira dah dilamar.” 

Itu lah yang sentiasa diucapkan Humaira apabila ada yang ingin melamarnya. Sifatnya yang yakin pada Allah, menyebabkan dia setia pada surat lamaran pertamanya yang diterima semasa sekolah dahulu.

Humaira tidak pernah terlepas untuk menunaikan solat istikharah pada setiap malam. Ia sudah menjadi rutinnya sebelum tidur. Setiap kali dia menunaikan solat istikharah, dia akan membawa surat tersebut bersama–samanya. Doa tidak pernah putus dimintanya. Harapannya semoga insan tersebut benar-benar jujur terhadap dirinya dan seseorang yang taat pada Allah SWT.

Perbuatannya itu disokong seratus peratus oleh sahabat baiknya,Aisya. Setelah mengetahui situasi Humaira masa itu, Aisya sentiasa menyokong setiap perbuatan dan keputusan Humaira selagi ia berlandaskan syariah.


Tiga tahun kemudian..

Dalam kesepian malam, Humaira khusyuk di atas tikar sejadahnya. Bibirnya tidak henti dibasahi dengan pujian-pujian kepada pencipta.

Krikkkkkkk.....

Tiba-tiba pintu bilik Humaira dibuka dengan perlahan-lahan. Tiada siapa yang dlihat cuba untuk memasuki biliknya. Satu perasaan ganjil mula merasuk jiwanya. Humaira melihat jam dinding biliknya, tepat pukul 1 pagi. Jantung Humaira berdengup kencang. Tangannya menggigil tapi dikawal. Peluh sejuk mula membasahi wajahnya. Lalu dicantas cepat-cepat perasaan itu dengan zikrullah. Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang samar-samar seperti memanggil namanya.

" Iraa….”

Kali ini jantungnya bagaikan dilanda ribut taufan. Mukanya pucat. Seluruh badannya menggigil ketakutan. Semua ayat AlQuran yang dihafal tak henti-henti membasahi bibirnya.
Krikkkkkk.....
Sekali lagi kendengaran pintu bilik Humaira dibuka. Kali ini kelihatan lebih luas. Satu bayangan hitam cuba untuk memasuki biliknya itu. Humaira cuba menjerit sekuat hati sambil kedua-dua matanya dipenjamkan.

Kringggggg…

Satu bunyi yang tidak asing lagi. Humaira membuka matanya perlahan-lahan. Kabur. Dilihat jam locengnya sedang asyik menyanyi. Diperhatikan betul-betul jam ditepinya itu, pukul 5.45. Istigfar segera membasahi bibirnya.

“ Astagfirullah al adzim, Ira mimpi rupanya. Hehehe. “ satu gelakkan kecil kedengaran.

Seawal jam 8, Humaira telah berangkat ke universiti bertemankan kedua-dua ibubapanya. Hari yang telah lama ditunggu-tunggu. Setelah tiga tahun dia menelaah pelajaran, inilah saat yang dinantikanya. Hari Konvokesyen. Debaran kian terasa. Satu persatu nama dipanggil naik ke pentas. Tibalah giliran Humaira.

“Nur Sakura Humaira binti Shahidin”

Kedengaran nama penuh Humaira dipanggil menggemakan setiap sudut dewan. Hatinya berbunga-bunga. Selangkah demi selangkah dia mengatur langkah menuju ke pentas. Senyuman ibubapanya mengundang sinar dihati Humaira. Kini, segulung ijazah telah menjadi miliknya. Pujian-pujian kepada yang Esa tidak henti menari dibibirnya.

BAB 4
Tuttttt….Tutttttt…. Tuttttt….

 Telefon bimbit Humaira berbunyi. Satu panggilan tidak dijawab terpapar diskrin telefon bimbitnya.

Tuttttt….Tutttttt…. Tuttttt….

Selang beberapa minit telefon Humaira kembali menyanyi, lantas dijawabnya dengan memberi salam. Salamnya dijawab dengan suara yang agak sedikit garau, dan semestinya bukan dari kaum hawa. Pemuda tersebut memulakan bicara.

“Boleh ana bercakap dengan Ira?”

“ Ya, saya Ira. Siapa ni? “ pantas Humaira menjawabnya.

“ Ana pernah meletakkan surat dibawah meja anti, ana harap anti masih menyimpannya. Ana dapat tahu anti sudah menamatkan pengajian anti. Seperti dalam surat yang ana tulis itu, ana telah berjanji akan melamar anti apabila anti telah habis belajar. Jadi, ana ingin tunaikan janji ana kepada anti. Apa keputusan anti? Ana sudah maklumkan pada keluarga anti, mereka setuju jika ana datang merisik anti. “

Humaira tergamam. Mukanya yang putih menjadi kemerah-merahan, dijawab soalan pemuda itu dengan nada serba salah.

“ Jika keluarga saya dah setuju, insya-Allah saya juga begitu.” 

“ Alhamdulillah, Insya-Allah dua hari mendatang, ana akan datang merisik anti. Syukran ya ukhti.Assalamualaikum.” panggilan di tamatkan.

Belum sempat Humaira menjawab salamnya, pemuda tersebut telah pun menamatkan panggilan.
Humaira mengelamun seketika. Dia keliru berbaur gembira kerana surat yang diterimanya dahulu tidak hanya sekadar kata-kata indah. Lantas diatur langkahnya mencari kedua orang tuanya. Seperti sedia maklum, mereka telah mengetahui terlebih dahulu dari dirinya.


Dua hari kemudian…

Pinnn… Pinnnn…

Kedengaran sebuah kereta memasuki halaman rumah Humaira. Seperti yang dijanjikan, satu rombongan telah datang untuk merisiknya. Ibu Humaira memintanya untuk menyediakan minuman kepada tetamu. Humaira hanya duduk didapur. Sekali-sekala diselak langsir dibahagian pintu dapur rumahnya. Matanya tertumpu pada seorang pemuda yang berkopiah bersama orang tuanya.

Tiba-tiba wajahnya berubah menjadi merah. Jantungnya berdengup kencang. Peluh sejuk mula membasahi lehernya.

Humaira bermonolog dengan suara yang ditahan. “Allahu Rabbi. Benarkah ini semua?”

Pemuda yang sedang berbual dengan orang tuanya itu merupakan seseorang yang diminatinya dari dulu. Ya! Tidak asing lagi. Itu Assraf. Ketua pelajar sekolahnya dahulu.

Tanpa disedari, matanya mula mengalirkan air jernih. Pipinya yang gebu dibasahi dengan air matanya. Humaira mula memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi. Pujian-pujian kepada Allah SWT tidak henti membasahi bibirnya. 

“Ira, mari sini sayang.”

Tiba-tiba kedengaran satu suara wanita memanggilnya untuk menyertai mereka di ruang tamu. Suara seseorang yang amat dia kenali. Seseorang yang melahirkannya. Menjaganya hingga dewasa.
Humaira segera menghapuskan lebihan air jernih dimatanya. Sedikit basah di bahagian lengan baju kurungnya. Dengan lafaz Bismillah, Humaira melangkah kaki keluar menuju ke ruang tamu.
Semua mata tertumpu padanya. 

Tetamu berbisik sesama sendiri. “Subhanallah, cantik sungguh ciptaanMu.”

Humaira hanya tunduk memandang lantai. Ibu kepada pemuda tersebut memulakan bicaranya.
 “Ira, kami datang ada hajat untuk merisik Ira. Ibu bapa Ira dah setuju, Cuma tinggal keputusan dari Ira saja. Macam mana?” 

Senyuman manis dilemparkan kepadanya. Jari tangan kanan dan kiri Humaira asyik bergurau senda sesama sendiri. Jantungnya bagaikan nak luruh. Humaira mengelamun seketika. Namun, inilah saat-saat yang dinantikannya. Humaira memulakan bicaranya dengan lafaz yang mulia Bissmillahirahmanirrahim lalu membalas.

“Jika ibubapa Ira sudah setuju. Insya-Allah, itulah keputusan yang terbaik buat Ira.”

Alhamdulillah. 

Suara pujian kepada Allah SWT menggemakan sekitar ruang tamu rumahnya. Tarikh pertunangan dan perkahwinan mereka telah ditetapkan pada hari itu juga. Sesuatu yang baik harus dipercepatkan.


Setahun Kemudian… 

“Sayang… mari teman abang tengok tv.”

Suara manja Assraf memanggil Humaira. Kini Humaira sudahpun sah menjadi isteri Assraf. Cinta mereka berbunga mekar selepas hari pernikahan mereka. Tiada cinta yang lebih indah dari cinta yang direstui kedua ibubapa dan cinta yang direhai Allah SWT.Betapa indahnya cinta jika didalam redha–Nya. Tiada dugaan yang tidak dapat ditempuhi bersama jika cinta kerana Allah SWT. Subhanallah. Allahu Rabbi.

P/S : Tidak perlu bercouple untuk memiliki orang yang kita minati.. hanya berdoa supaya ditemukan dengan orang yang dapat bimbing kita.. insya-Allah khair..  betapa kuatnya mereka menjaga hati mereka bertahun-tahun lamanya.. akhirnya RESTU CINTA yang dicari, telah diperolehi. Subhanallah.. =)

Saturday, 13 July 2013

Uhibbukum Fillah abadan abadaa ^-^

Aretin Bella..

Apple Myra..

Iza Sulaiman..

Kak Ita..

Wataniah SEM II..

Sukan Rakyat..

Tittttt..

Tittttt..

KFC ^o^

Pizza time's with family ^-^


Salam ukhwah fillah dari ana..

Sunday, 30 June 2013

Jom Uji Minda


1. Jawab spontan, jangan terlalu lama
berfikir.
2. baca satu demi satu.
3. Konsentrasi.
Permainan konsentrasi warna ...

Mula.
1. kertas A4 warna apa?
2. awan warna apa?
3. tisu warna apa?
4. lembu minum apa?
Yang jawab susu konsentrasi anda
terganggu, kerana lembu minum air.

Mula.
1. rambut anda warna apa?
2. tayar kereta warna apa?
3. arang warna apa?
4. kelawar tidur bila?
Yang jawab malam, maknanya
konsentrasinya tergganggu, kerana
kelawar tidur siang hari.

Mula.
1. warna cendol apa?
2. daun kelapa warna apa?
3. warna majoriti rumput apa?
4. zirafah makan apa?
Yang jawab rumput, itu salah, kerana
Zirafah makan daun.

Hah mengaku salah brapa? Mesti
senyum-senyum sekarang . Tak apalah senyum kan satu sedekah . hehe♥

Ana Musytaqun ilaik


Assalamualaikum wbt...

" Ana musytaqun ilaik, terasa sebak menahan perasaan ini. Hanya Allah SWT sahaja yang tau betapa kuatnya perasaan ini terhadap antum. biarlah kita kekal begini. sesungguhnya ana begitu menyayangi antum, tapi susah untuk ana luahkan. bagaikan emas yang ada didalam mulut ana untuk ungkapkan perkataan "SAYANG" itu. 

Ana selalu emo dengan antum, antum juga cakap ana egO. setiap masa nak salahkan antum kan. ana pun tak faham dengan perasaan ana, ana juga tak tahu kenapa ana sering emO bila antum cuba berbual dengan ana. sedangkan, jauh disudut hati ana, ana amat merindui antum, hermm.. mungkin ana cuba untuk sembunyikan apa yang ana rasa terhadap antum, supaya antum tidak mengetahuinya.

Ana susah untuk mengalirkan air mata, tapi setiap kali ana emo dengan antum, air mata ana automatik mngalir tanpa ana paksa. ana tak pernah salahkan antum, sebab semua ni adalah pilihan ana untuk kekalkan jihad hati. 

Ana asiff jiddan, jika selama ini ana selalu menyakitkan hati antum, mungkin sekarang ana terpaksa memendam perasaan ini tanpa pengetahuan antum. ana gembira melihat antum gembira seperti sekarang, ramai kawan, biarlah ana saja yang terluka dalam usaha menjaga hati (jihad hati).. astagfirullah aladzim..

✮ Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia. maka, sampaikanlah rinduku ini kepadanya ya Allah. peliharalah dia agar sentiasa di bawah redha-Mu.. amin ya rabbalamin
"

SALAM MUSYTAQUN :')

Friday, 23 November 2012

Hukum Mewarnakan Rambut


Hukum-hukum dibawah adalah diambil dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia:


Sunat

>>Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain hitam. Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam."(Hadis Riwayat Muslim)



Harus

>>Mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.

>>Mewarnakan rambut bagi isteri dengan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suami.



Makruh

>>Mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
>>Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua dan mendapat kedudukan dalam masyarakat atau diterima percakapan nya.


Haram

>>Mewarnakan rambut dengan warna hitam selain sebab-sebab yang dinyatakan diatas.
>>Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan islam.



"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut beruban ialah pokok inai dan katam." (Hadis Riwayat Tirmizi & Ashabussunan)



Wallahu'alam bissawab.